Breaking

Wednesday, October 3, 2012

DAHSYAT! - Penduduk Bangladesh bakar tokong Buddha protes hina al-Quran (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Penduduk Bangladesh bakar tokong Buddha protes hina al-Quran | Beribu-ribu penunjuk perasaan membakar beberapa buah tokong Buddha dan rumah kediaman di tenggara Bangladesh, hari ini ekoran penyiaran gambar yang mengutuk agama Islam di laman sosial Facebook.


Menurut pihak berkuasa Bangladesh, kira-kira 25,000 penunjuk perasaan merusuh dan membakar lima tokong termasuk berpuluh-puluh rumah kediaman di pekan Ramu kira-kira 350 kilometer dari Dhaka.

Pegawai Pentadbir Daerah, Joinul bari berkata, rusuhan tersebut tercetus selepas seorang lelaki beragama Buddha berasal dari pekan itu memuat turun gambar yang menghina Al-Quran di dalam Facebook.

"Kesemua penunjuk perasaan bertindak ganas dengan membakar tokong dan kediaman penduduk Buddha sejak semalam hingga pagi ini.







"Kira-kira 100 buah kediaman musnah dan pasukan tentera serta pengawal sempadan dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan," katanya. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Penduduk beragama Buddha merupakan golongan minoriti berjumlah kurang satu peratus daripada 153 juta populasi Bangladesh.

Beberapa minggu lalu, beribu-ribu penduduk Islam di negara ini mengadakan demonstrasi mengecam filem anti-Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW di YouTube

SUMBER : bbc.co.uk

TAOTAUAJER : Nie makan nyer , akibat mengutuk agama agama Islam di laman sosial Facebook. Suka hati jer nak kutuk-kutuk agama orang.


Adbox