Breaking

Friday, September 7, 2012

Astaghfirullah! - Julia Perez Buat Tatoo Lafaz Azan Di Badannya (5 gambar)

TAOTAUAJER - Menggemparkan di seluruh media apabila tersebarnya gambar Julia Perez dengan tatto Lafaz Azan di badannya. Tindakan pelakon Julia Perez menjadikan satu daripada kalimah azan sebagai tatu di belakang badannya, menyebabkan dia dikecam oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).


Julia Perez atau lebih akrab dipanggil Jupe dilihat telah mempamerkan saat menghadiri acara DahSyat di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, pada Isnin (3/9/2012). Dibalut baju yang bermodel kemben, Jupe pamer tato baru yang bertuliskan huruf Arab di belakangnya. Demikian dipetik dari Detik Foto.


Bukan main-main, tato rangkaian huruf Arab tersebut adalah kaligrafi lafaz azan yang selalu dikumandangkan oleh kaum Muslimin saban hari lima kali. Yakni kalimat حي علي الفلاح “Hayya ‘alal Falaah”.


Selain haram menurut syariat, tato tubuh yang Jupe lakukan tersebut boleh disabit Undang-Undang no 1/PNPS/1965 tentang Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama.

Beberapa waktu yang lalu Julia Perez sempat melaksanakan ibadah umrah ke Tanah Suci dan berjanji akan tampil lebih tertutup dan sopan. Namun, ternyata janjinya itu tidak ditepati hingga kini.



JAKARTA 6 Sept. – Tindakan pelakon Julia Perez menjadikan satu daripada kalimah azan sebagai tatu di belakang badannya, menyebabkan dia dikecam oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Ketua Umum Pimpinan Pemuda Pusat Muhammadiyah, Dr. Saleh Partaonan Daulay menganggap perbuatan itu sebagai satu penghinaan dan meminta masyarakat mengenakan sekatan sosial terhadap pelakon beragama Islam tersebut.

“Ia adalah perbuatan yang disengajakan dan masyarakat perlu memberi pengajaran kepada dia dengan tidak memanggilnya membuat persembahan.

“Perbuatannya ini bukanlah satu contoh yang baik dan industri hiburan juga perlu bertindak dengan tidak lagi menawarkannya berlakon,” katanya ketika dihubungi KapanLagi.com, semalam.

Tatu dengan terjemahan ‘Marilah menuju kejayaan’ tersebut dilukis di bahagian belakang badan pelakon yang turut dikenali sebagai Jupe itu.

Saleh berkata, sebagai seorang selebriti, dia tidak sepatutnya memberi contoh yang buruk.
“Ayat yang dikumandangkan ketika azan tidak sepatutnya dijadikan tatu kerana tindakan itu sama seperti mempersendakan kitab suci al-Quran,” katanya. – AGENSI


Adbox