TAOTAUAJER - Laluan terowong kereta api yang indah dari pokok-pokok ini disebut Tunnel of Love. Laluan tersebut terletak di Kleven, Ukraine . Keajaiban terjadi ketika pokok-pokok yang tumbuh di sini rel mencetuskan satu panorama lengkungan pokok menghijau yang menutupi atas trek laluan kereta api tersebut. Suasana ini sangat indah dan mempersonakan.
Laluan terowong kereta api tersebut merupakan bahagian dari laluan kereta api sepanjang tiga kilometer , di timur Ukraine. Kereta api akan melalui kawasan tersebut dalam tiga kali sehari untuk mengirimkan kayu ke kilang.
Dikatakan bahawa pasangan bercinta datang ke sini untuk membuat hajat dengan tulus, maka impian mereka akan menjadi kenyataan.
TAOTAUAJER : Indah bukan panorama pada laluan kereta api tersebut, suasana yang menghijau memukau pandangan lalu memberikan ketenangan kepada mereka yang melihat dan melalui kawasan tersebut.