TAOTAUAJER - Misteri api di malaysia sudah tidak asing lagi, sebelum ini juga ada cerita tentang api-api yang tetiba membakar barangan di dalam rumah secara tiba-tiba. Api ini sungguh misteri dan bersifat seperti makhluk Halus yang tao sendiri tak tau nak menjelaskannya.
Di Muar, Pelik tetapi benar, itu kenyataannya apabila seorang warga emas berhadapan detik mencemaskan diganggu serangan api misteri di kediamannya selama dua hari sejak Sabtu lalu.
Menurutnya, kejadian itu disedarinya yang kebetulan mahu mengambil pakaian dalam almari tersebut selepas pulang dari majlis perkahwinan di kampung berhampiran.
“Saya sangat terkejut lihat api itu, lalu segera ambil air untuk padamkannya bagi mengelakkannya daripada merebak. Kira-kira 10 minit kemudian, api tersebut berpindah dan membakar tuala mandi yang disidai di ampaian berhadapan bilik mandi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.
Katanya, tidak lama kemudian salah seorang anaknya yang mahu menuju ke bahagian atas rumah terbau hangit seperti benda terbakar sebelum mendapati tiga langsir di sebuah bilik terbakar.
“Selesai padam, api itu berpindah pula ke dua lagi bilik lain di bahagian rumah bawah dan dapati cadar dan langsir terbakar, manakala almari berasap.
“Kami terpaksa ambil semua pakaian yang disimpan di dalam almari dan dicampak ke luar rumah melalui tingkap untuk mengelakkan daripada terus hangus terbakar selain bimbang api menjadi semakin marak,” katanya.
Jumiran berkata, sangkaannya kejadian pelik yang dialaminya selama hampir satu jam itu sudah berakhir, tetapi ia berulang kira-kira jam 4.20 petang dan membakar tilam serta cadar termasuk kalendar pada dinding rumah.
Katanya lagi, jiran-jiran yang mengetahui kejadian tersebut turut membantu memadamkan api yang mulai marak itu.
“Pada sebelah malamnya, penduduk kampung berhimpun di rumahnya untuk mengadakan bacaan Yasin dan solat Hajat. Namun, lebih mengejutkan ketika bacaan Yasin berlangsung, tiba-tiba alas meja di dapur terbakar,” katanya.
Katanya, pada hari Ahad kejadian itu berulang lagi sebanyak empat kali dan lebih pelik apabila empat almari pakaian tumbang dengan sendirinya.
“Saya cuba bangunkan semula almari yang tumbang itu tetapi tidak lama kemudian, ia tumbang lagi sehingga berlarutan pada hari Selasa.
“Saya rasa tidak sedap hati dan ambil keputusan untuk membiarkan sahaja almari yang tumbang itu,” katanya.
Menurut Jumiran, sepanjang lebih 40 tahun mendiami rumah itu, ini merupakan pertama kali berlakunya kejadian yang dianggap pelik serta penuh misteri.
Bagaimanapun, dia masih mencari jawapan di sebalik kejadian yang berlaku itu dan berdoa supaya tiada sebarang perkara yang lebih buruk terjadi selepas ini.