Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » OMG! - Kampung pengasas KFC musnah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - CRITTENDEN: Sebanyak 103 puting beliung melanda seluruh Amerika Syarikat sejak seminggu lalu, yang turut menyebabkan kerosakan di Henryville, kampung halaman David Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) di Indiana.

Laporan terbaru memberi sedikit berita ceria apabila seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki ditemui selamat di Salem, Kentucky, tetapi mereka kini menjadi yatim piatu selepas semua ahli keluarga terbunuh akibat puting beliung itu.

Pada Jumaat lalu, 51 puting beliung dilaporkan bergerak di tujuh negeri Amerika menjadikan bilangannya sebanyak 103 sejak lebih seminggu lalu, meskipun angka itu tidak dapat disahkan.

Kawasan paling teruk ‘diserang’ puting beliung di tengah bandar Henryville ialah sebuah kediaman yang menjadi asrama pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi.

Semua pelajar dipindahkan sebelum puting beliung melanda.

Tetapi, kira-kira 40 pegawai sekolah dan pelajar terpaksa berlindung dalam pejabat sekolah rendah itu, kerana puting beliung terlalu hampir dengan tempat itu dan seterusnya menyebabkan bumbung sekolah tercabut.
Sementara itu, budak perempuan berusia dua tahun ditemui di sebuah padang di Salem, beberapa kilometer dari rumahnya dan kini berada dalam keadaan tenat.

Dia yatim piatu selepas ibu bapanya, seorang adik berusia dua bulan dan abang, 3, terbunuh dibawa angin, kata jurucakap Hospital Kanak-Kanak Kosair di Louisville, Cis Gruebbel.

Turut parah ialah seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang ditemui di Henryville, timur Salem.

Jurucakap Jabatan Syerif County Clark, Chuck Adams, berkata budak itu mulanya hilang selepas beberapa puting beliung berkelajuan 281 kilometer sejam melanda kampung halaman Sanders.

Puting beliung minggu lalu mencetuskan kebimbangan penduduk bahawa bencana alam akan lebih teruk pada tahun ini, selepas 550 maut kerana puting beliung di Amerika tahun lalu. – Agensi

SUMBER | bharian
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post