Breaking

Sunday, March 4, 2012

Dokumentari - Atlas rama-rama terbesar di dunia ( 5 Gambar )

TAOTAUAJER - Mungkin ramai yang tak tau tentang kekayaan Malaysia yang begitu bertuah menjadi pilihan habitat semula jadi flora dan fauna yang menakjubkan untuk menghuni hutan-hutan hujan tropika yang menghijau menutupi lanskap peta negara.


Antara yang fauna yang dikenal pasti mendiami hutan hujan tropika di negara ini ialah rama-rama terbesar di dunia, Atlas atau nama saintifiknya, Attacus Atlas.

Ikuti penjelasan dari tao di bawah ini...

Sebelum ini tao pernah mengeluarkan post tentang rama-rama gergasi ini dan juga pernah ditanyakan oleh Fan taotauajer di Facebook Fan Page.

Close up: Sir David Attenborough is pictured here with the moth, which at full stretch has a 25cm wingspan

Kalau korang nak tau, rama-rama gergasi ini dinamakan sebagai Atlas dimana nama tersebut hasil daripada peranggapan corak pada sayapnya yang seolah-olah kelihatan seperti peta dunia,

Atlas dinobatkan sebagai rama-rama terbesar di dunia berukuran sekitar 25 sentimeter dan mempunyai sayap yang besar serta memiliki corak berwarna-warni yang menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, rama-rama jenis ini dikatakan kurang stabil untuk terbang memandangkan saiznya sayapnya yang lebar dan nipis.

kalau korang nak tau, jangka hayat Atlas ini tidak panjang dinama dilaporkan hanya mampu untuk hidup untuk selama dua minggu saja selepas bertukar dari seekor ulat kepada rama-rama dewasa.

Untuk menjadi seekor rama-rama dewasa seperti ini ulat beluncas perlu sentiasa makan sehingga enam minggu sebelum membentuk kepompong.

Subhanallah , Lihat lah betapa besar nya kepompong rama-rama ini

Rama-rama yang telah dewasa dan keluar dari kepompong

Menurut pakar yang mengkaji rama-rama tersebut, kehidupan rama-rama itu lebih terarah semata-mata untuk pembiakan spesisnya dan hidup liar di hutan hujan tropika atau sub-tropika di kawasan Asia Tenggara, termasuk di archipelago kepulauan Melayu nusantara.

Selain itu, dikatakan juga bahawa Atlas menggunakan sayapnya yang besar itu untuk menakut-nakutkan haiwan pemangsa dan melindungi diri dari sebarang ancaman di kawasan sekitarnya.

Contohnya seperti gambar di bawah ini....

Corak nya hampir menyerupai seekor harimau dan hujung sayapnyer kalau korang amati betul-betul nampak seperti kepala ular.

Dengan itu Atlas digelar sebagai rama-rama ‘kepala ular’ di China ekoran penghujung sayapnya yang kelihatan sangat mirip kepada kepala ular.

Saksikan video ini...


TAOTAUAJER : Agak--agak kalau rama-rama nieh datang kat korang pasti menyeramkan sebab ia besar dan corak nya agak menakutkan. Inilah kebesaran Hasil Ciptaan Allah SWT...


Adbox