Breaking

Saturday, January 14, 2012

OMG! - Ayam bogel ciptaan Israel (5 Gambar)

TAOTAUAJER - Ayam sepertinya ditakdirkan memiliki bulu di seluruh tubuh nya, seperti yang kita tau bulu tersebut berguna sebagai perlindungan untuk ayam itu sendiri, macam dari debu, cuaca dan mikroorganisma pengganggu lainnya, tapi penyelidijk Israel berjaya menghasilkan perkara yang diluar kewajaran tersebut, para penyelidik tersebut menghasilkan ayam "Bogel" (Naked Chicken).


Seorang ahli genetik Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel. Ayam dengan tanpa kulit diciptakan dengan perkahwinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang memiliki leher tak berbulu.

Saksikan gambar dan lagi penjelasan di bawah ini....


Idea di sebalik penghasilan ayam ini bertujuan untuk menghasilkan spesies ayam yang lebih efisyen, dimana ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas, dengan kata lain ayam tak lagi perlu pendingin ruangan yang akan menjimatkan kos pemeliharaan ayam potong tersebut.


Dan tentu ajer, ayam ini tidak memerlukan pencabutan bulu sebelum dimasak, sehingga memotong kos penghasilan di kilang penyembelihan. Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam bogel ini lebih buruk.


Ayam jantan tidak mampu untuk kahwin kerana mereka tidak dapat mengepakkan sayapnya untuk keseimbangan, dan ini juga memberi akibat pada ayam betina.

Kerana ayam-ayam ini tak berbulu, ayam lebih terdedah terhadap parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk, perbezaan suhu dan dedahan matahari. Profesor Avigdor Cahaner, membela ayam generasi bogel ini dengan mengatakan,

"Ini bukan ayam kejuruteraan genetik, itu berasal dari keturunan alam yang karakteristiknya telah dikenal selama 50 tahun, saya hanya membantunya untuk cepat tumbuh. Ayam broiler ini ayam normal, cuma fakta nyer ia tidak memiliki bulu."

Para pengkaji juga berharap generasi baru akan tumbuh lebih cepat kerana tidak perlu menggunakan tenaga untuk menumbuhkan bulu di tubuhnya, sehingga ayam akan memfokuskan makanan yang diserapnya untuk dijadikan daging sehingga ayam boleh lebih gemuk.

Berita tentang ayam berbulu pertama kali muncul pada tahun 2002, dan sejak itu tidak ada lagi hal baru yang didengar. Kurangnya pembaruan di media tentang ayam khusus menunjukkan bahwa penciptaan Mr Cahaner itu tidak pernah berkembang biak secara komersial.


Inovasi genetik ayam tanpa bulu ini sebenarnya telah dilakukan sejak 2002 kalau korang nak tau, dan sikit nyer berita perkembangan baru tentang ayam tanpa bulu ini menunjukkan genetik ayam bogel ini tidak dapat dikembangkan untuk pasaran komersial.





Artikel berkaitan dengan Ayam :

Photobucket - Tau tak | Ayam mempunyai kemampuan paranormal

Photobucket - Aneh | Ayam tanpa bulu lahir di China

Adbox