Breaking

Tuesday, December 27, 2011

OMG! - Babi berkepala dua dengan 1 mata di lahirkan di China

TAOTAUAJER - HAIWAN berkepala dua adalah amat jarang ditemui dan agak pelik bila dilihat dan bukan tergolong dalam kejadian alam yang biasa iyenyer luarbiasa.

Khinzir berkepala dua dengan satu mata

Kalau korang nak tau ape yang kita lihat ini adalah boleh dikatakan satu keadaan atau dikenali sebagai polycephaly, termasuk yang berlaku kepada manusia. Beberapa haiwan yang pernah dicatatkan dilahirkan berkepala dua termasuklah lembu, ular, cicak, kura-kura, anjing, kucing dan ayam.

Perkataan polycephaly sebenarnya berasal daripada dua perkataan iaitu Yunani: poli, yang bermaksud "banyak" dan kephala, yang bermaksud "kepala."

Minggu lalu, khinzir berkepala dua dengan satu mata, dilahirkan di ladang babi Xiao Jintu, yang terletak di kawasan yang jauh di Changtai County,Fujian.

"Saya telah memelihara babi selama 15 tahun dan saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini sebelum ini. Kami tahu ada sesuatu yang berbeza kerana kepalanya begitu besar dan kami terpaksa membantu ketika ibunya melahirkan", kata penjaga ladang ternak itu.

"Hanya seekor dari lima ekor anak babi yang dilahirkan itu dan ia belum diberi nama. Keunikannya itu akan menyelamatkannya dari disembelih untuk dimakan apabila dewasa. Daripada menjadi makan malam ham seseorang, satu penghormatan bagi haiwan yang bernasib malang ini", tambah pekerja ladang itu lagi.

Khinzir berkepala ini bukan yang pertama yang pernah dilahirkan, tetapi ia adalah kes yang terbaru. Mutasi gen yang menyebabkan terhasilnya keunikkan haiwan ini. Contoh macam yang belaku kat jepun arnab mutan lahir di sebabkan mutasi gen yang menyebabkan arnab tersebut tiada telinga.

Sumber: Weird Asia News
Adbox