Breaking

Tuesday, December 27, 2011

Wow! - Kereta api super-laju di China mencapai 500 KM/J diuji (6 Gambar)

TAOTAUAJER - KERETA api laju generasi baru siri CRH buatan China yang mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam menjalani ujian pertamanya di Qingdao, wilayah Shandong pada hujung minggu lalu.


Kereta api laju generasi baru China ini mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam.
Ia bakal menjadi kereta api paling laju di dunia.

Kereta api buatan syarikat CSR Corp. Ltd. itu mempunyai bentuk kepala menyerupai pedang purba China dan gerabaknya diperbuat daripada bahan plastik yang diperkuatkan dengan fiber karbon.










Ia mempunyai kuasa tarikan maksimum 22,800 kilowatt berbanding model CRH380 yang mempunyai kuasa tarikan 9,600 kilowatt. Pada masa ini kereta api berkelajuan tinggi CRH380 yang digunakan untuk laluan Beijing-Shanghai memegang rekod sebagai kereta paling laju di dunia dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

Maju betul china nih kan...mampu mengeluarkan kereta api yang sangat laju~


Photobucket - "Hayabusa" kereta peluru Jepun berkelajuan 300 Km/h



SUMBER | Reuters
GAMBAR| weibo
.
Adbox