Breaking

Friday, August 5, 2011

OMG! | Pelik 'Hamil' setiap kali selepas makan

TAOTAUAJER - Owh Memang Giller pelik la kejadian nieh, tah macam mana di CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan.

Tapi, perut gadis berusia 23 tahun tu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

Pelik jer...ingatkan perut lelaki jer macam toh..hehee


Photobucket
SUMBER | Kosmo Online
Adbox