Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » » Wow | Tetap Hidup Walaupun Badan Terbakar & Bertar !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Semalam berlakunya kemalangan di Lebuh Raya Pagoh, Johor dimana melibatkan lori tar dan juga dua buah bas sehingga menyebabkan lebuhraya tersebut ditutup bagi kerja-kerja pembersihan tar yang tertumpah di jalan raya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, N Sivananda, 44, terpaksa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) berikutan kecederaan yang dialaminya.

Muar | Seorang pemandu lori tangki menderita apabila 23 peratus badannya terbakar selepas lori tangki yang sarat dengan cecair tar dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua bas dalam kejadian di Kilometer 144.8, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini, semalam.

Bersepah sisa-sisa kemalangan di lebuhraya tersebut

Cairan tar melimpah ke jalan raya, sehingga memaksakan laluan ditutup

Bas yang terbabas

video youtube bas kemalangan di lebuhraya pagoh



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, nahas tersebut berlaku apabila salah sebuah bas sekolah yang digunakan untuk membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) merempuh belakang lori terbabit.

Menurutnya, kedua-dua bas terbabit dalam perjalanan dari Lenggeng, Negeri Sembilan ke Pasir Gudang, Johor.

“Akibat pelanggaran ini, lori terbabas manakala tangki yang sarat dengan cecair tar terbalik dan tumpah memenuhi lebuh raya.

“Bas yang merempuh belakang lori tangki ini hilang kawalan dan terbabas ke laluan kanan lebuh raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, disebabkan bas sekolah telah melanggar lori tangki itu, sebuah lagi bas persiaran yang turut membawa Pati hilang kawalan dan terbabas kerana cuba mengelak daripada melanggar bas sekolah berkenaan.

“Pasukan polis dari Muar dan Tangkak bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa terlibat.

“Namun, kami bersyukur kerana kesemua yang terlibat dalam insiden ini terselamat walaupun membawa seramai 102 Pati,” katanya.

Selain itu, beliau juga hairan bagaimana salah sebuah bas boleh terbabas memasuki lorong kanan lebuh raya menghala arah utara selepas melanggar belakang lori tangki.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca nahas ini berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -SH

Photobucket .
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post