Breaking

Wednesday, May 18, 2011

Wow | Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini SUPERB!!

Lamborghini..sape yang tak tau, nak katakan nie adalah salah satu syarikat pengeluar kereta sport yang menjadi idaman hati. Nie tao nak bagi tau, kan lamborgini ada mengeluarkan Modelnya yang terbaru iaitu Lamborghini Sesto Elemento. Skunk nie kereta terbaru ini memegang rekod Kereta sport Paling Mahal !!!

Photobucket
Serius terbaik..rekabentuk nyer sungguh superbbb~

LONDON | Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron.

Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.

Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.

Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.
Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis.


Photobucket
Adbox