Breaking

Thursday, March 6, 2014

NGERI! - Lelaki Dihukum Korek Mata, Potong Telinga

TAOTAUAJER - Seorang lelaki Iran dijatuhkan hukuman kedua-dua matanya dikorek manakala telinga kanan dan hidungnya dipotong selepas dia didapati bersalah mencurahkan asid ke muka seorang budak perempuan.


Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki berkenaan disahkan melakukan perbuatan berkenaan secara sengaja dalam satu kejadian, pada Oktober lalu.

Budak perempuan itu hilang penglihatan dan telinga kanannya tidak dapat mendengar selepas diserang dengan asid.

Meskipun hukuman itu mendapat tentangan banyak pihak terutama badan asasi kemanusiaan, namun Majlis Kebangsaan Iran memutuskan bahawa hukuman itu merupakan sebahagian daripada sistem perundangan negara berkenaan.

Mahkamah negara berkenaan juga sebelum ini telah mengarahkan tangan dan kaki seorang lelaki dipotong.

Tahun lepas, antara 500 hingga 625 orang termasuk 28 wanita dan dua kanak-kanak telah dihukum di Iran.

sumber : mynewshub.my

TAOTAUAJER : Pergghhhh.... memang ngeri sungguh hukuman ini, bayangkan kalau panca indera kita di buang apakah jadinya selepas itu. Mungkin ini adalah hukuman yang terbaik sebagai peringatan supaya tidak ada lagi mana-mana yang melakukan kesalahan sebegitu di sana - Koleksi Ngeri


Adbox