Breaking

Monday, March 18, 2013

SERIUS! - Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran

TAOTAUAJER - Ape perasaan korang sekiranya anak anda di bunuh dan pembunuhnya di telah ditangkap? pasti nyer korang akan bersa begitu sedih dan berasa sangat marah atas tindakan pembununh tersebut. Tapi lain ceritanyer di Arab Saudi apabila Rabia al-Dousari iaitu seorang lelaki yang tergolong dalam lelaki yang sangat pemaaf berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.


Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.

Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya.

Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.

Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.

Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.

Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
SUMBER : MyNewsHub

TAOTAUAJER : Rasanya ini adalah satu tindakan yang paling pelik sekali antara yang jarang-jrang kita jumpa namun begitu niat Ayah mangsa tersebut sungguh murni apabila memaafkan pembunuh tersebut jika menghafal Al-Quran dan justeru bakal mengubah kehidupan pembunuh tersebut menjadi soleh dan tidak akan mengulangi dosa itu lagi 


Adbox