Breaking

Sunday, August 28, 2016

TAUTAK? - Inilah 5 Perkara Yang Menakutkan Yang Anda Tidak Tahu Megenai Ingauan Malam

TAOTAUAJER - Kebanyakan saintis belum benar-benar mengetahui dengan mendalam tentang igauan malam namun ia bukanlah kerana mereka tidak pernah mencuba untuk mencari jawapannya.


Mimpi buruk kadangkala adalah begitu subjetif, tersendiri dan kompleks di mana bukan mudah untuk seseorang itu mengkajinya dengan sempurna.

NAMUN KEPADA SEMUA SAINTIS YANG TIDAK BERJAYA UNTUK MEMAHAMI TENTANG IGAUAN MALAM ANDA, ADA BEBERAPA PERKARA PENTING YANG DIKETAHUI OLEH MEREKA YANG BENAR-BENAR BOLEH MEMERANJATKAN ANDA ATAUPUN MUNGKIN JUGA BOLEH MENAKUTKAN ANDA…

1. MEREKA BUKANLAH LITERAL SEMATA-MATA

Saintis yakin bahawa kebanyakan igauan buruk adalah berpunca daripada kebimbangan atas sesuatu, namun tiada tafsiran literal yang khusus tantang apa yang benar-benar mengganggu anda.

Sebagai contoh kejadian serangan seperti 9/11 ia menunjukkan peristiwa tersebut masih meninggalkan kesan trauma kepada ramai orang terutamanya mereka yang berada di Amerika Syarikat.

2. TIADA SIAPA DENGAR JERITAN ANDA

Jika anda perhatikan di dalam filem atau drama televisyen, kebanyakan orang yang sedang mengalami mimpi ngeri akan meronta-ronta di atas katil mereka.

Namun keadaan sebenar adalah cukup berlainan sekali, kerana tubuh kita seolah-olah tidak dapat digerakkan dan kita tak akan mampu untuk menjerit mahupun melakukan apa-apa pun.

Ini kerana ketika kita sedang mengalami mimpi, segala otot-otot kita dilumpuhkan kecuali mata dan organ yang digunakan untuk kita bernafas.

perkara sebenar

3. MIMPI NGERI ADALAH PERLAKUAN KITA YANG SEBENAR

Ada pelbagai pendapat dan teori tentang mengapa kita mengalami mimpi. Kebanyakan saintis mempercayai kita mengalami mimpi kerana ia adalah tindakan refleks minda di bawah sedar.

Manakala ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah minda kita yang sedang berjalan ketika tubuh kita sedang berehat.

Mimpi dikatakan adalah salah satu CARA bagaimana minda anda ingin mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun menangani emosi yang tertekan. 

4. ANDA BOLEH MENGAWAL MIMPI ANDA

Pernahkah anda mendengar tentang terma “mimpi waras”? Mimpi seperti ini boleh dilakukan namun perlulah dengan banyak latihan.

Mimpi waras dikaitkan dengan mimpi yang mana anda sendiri berupaya untukmengawal hala tuju mimpi anda itu dan anda juga tahu bahawa anda sedang mengalami mimpi tersebut.

Ketika seseorang itu boleh mengawal mimpi mereka, mereka juga akan terus bangkit apabila mereka mengetahui bahawa mereka sedang bermimpi. 

5. ADA YANG LEBIH MENYERAMKAN DARI MIMPI NGERI

Ketakutan waktu malam adalah amat jarang dialami oleh mereka yang dewasa namun ia adalah pengalaman yang cukup menakutkan bagi para ibu-bapa berbanding anak-anak mereka yang mengalaminya sendiri.

Anda akan mendapati anak-anak anda menjerit dan mata mereka pula terbeliak. Suatu keadaan yang cukup menggerunkan!

Ketakutan malam sering berlaku apabila kita berada pada tahap 4 dalam dunia bawah sedar kita oleh itu amat sukar untuk kita mengejutkan orang yang sedang mengalaminya kerana mereka juga tidak sedar bahawa mereka mengalami perkara tersebut. 


Adbox