Breaking

Tuesday, July 21, 2015

WOW! - MENGEJUTKAN !!! Dengan Hanya Menggunakan Tangan, Lelaki Ini Memukul Durian Sehinggah Pecah.

TAOTAUAJER - Musim Raja Segala buah-buahan, durian kembali lagi! Bagi peminat durian, pasti tidak akan melepaskan peluang merasai kelazatannya. Tetapi bagi mereka yang tidak minat, terhidu sahaja baunya, pasti lari sejauh mana yang boleh.


Namun demikian, bila berdepan buah durian yang penuh dengan duri tersebut, cara bagaimana membukanya merupakan langkah pertama sebelum merasai kelazatannya.

Kebanyakan orang selain meminta bantuan penjual terbabit untuk membuka buah durian itu, ada pula yang akan mendapatkan bantuan ayah atau abang ketika di rumah.

Baru-baru ini, di media sosial tersebar luas satu video yang menunjukkan seorang pakcik dengan mudahnya membelah buah durian hanya menggunakan buku lima, kehebatannya amat mengkagumkan!

Menerusi video itu, kelihatan seorang penjual durian cuba menjual duriannya kepada pakcik tersebut, lalu pakcik itu berkata dengan nada bergurau, " Kalau saya dapat buka buah durian ini dengan menggunakan tangan saya, durian ini you kena bagi saya makan!" Penjual durian itu kemudian senyum sambil menjawab, " kalau awak berjaya, sekalung durian ini dihadiahkan kepada awak pun boleh!"

Bagi memastikan cabarannya menyakinkan, pakcik itu bagi penjual tersebut memeriksa tangannya dan juga membiarkan orang ramai yang berada di sekeliling semak buah durian tersebut adalah belum dibelah lagi.

Lepas itu, barulah menggenggam buku limanya dan satu tumbukan demi satu tumbukan menumbuk ke arah hujung durian tersebut.

Meskipun bagi sesiapa yang menyaksikan situasi itu pasti terasa sakit, namun pakcik berkenaan tetap meneruskan tumbukan sehingga akhirnya buah durian itu terbelah dua.


MENGEJUTKAN !!! Lelaki Ini membuka durian dengan cara menumbuk durian tersebut..
Posted by TAOTAUAJER on Monday, 20 July 2015

TAOTAUAJER : Peringatan buat semua, jangan sesekali meniru tindakan pakcik itu, ini kerana tangannya turut tercedera setelah membelah secara tumbukan dengan menggunakan buku lima. 


Adbox