Breaking

Wednesday, July 1, 2015

VIRAL! - Bayi 20 Bulan Sudah Pandai Panjat Tembok Sebelum Ia Berjalan

TAOTAUAJER -  Seorang bayi di ARIZONA, Amerika Syarikat  mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.


Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.


ELLIE digelar bayi luar biasa sejak sebelum dilahirkan kerana ibunya, Rachael (gambar) tetap mendaki ketika hamil. (Gambar Kiri) , PENGALAMAN pertama Ellie mendaki bersama ibunya di sebuah gimnasium di bandar Flagstaff, Arizona. (Gambar Kanan)


"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN.

Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah.

Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter. 

Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali. Saksikan salah satu videonya di bawah ini...


WOW! Seorang bayi mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan. Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.
Posted by TAOTAUAJER on Tuesday, 30 June 2015


Adbox