TAOTAUAJER - Musim panas kini melanda! Walaupun kita di Malaysia memang sentiasa panas, bukan macam di Eropah yang ada 4 musim, tetapi tentu ramai terasa panas yang melanda kini lain macam bahangnya.
Kalau nak tahu, ini adalah disebabkan fenomena El Nino, di mana suhu maksimum pada hari biasa adalah di antara 28.6°C dan 35°C manakala kalau pada hari panas suhu maksimum adalah antara 35°C dan 37 °C! Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Negara, fenomena cuaca panas ini akan berterusan sampai bulan Mac.
*Kemaskini terkini, Jabatan Meteorologi Negara menyatakan bahawa selain El Nino, yang akan menyebabkan 20 hingga 60 peratus kurang hujan, ekuinoks yang akan berlaku pada 20 Mac ini di mana matahari akan berada betul-betul di atas khatulistiwa menyebabkan cuaca yang amat panas.
Kita bersyukur kerana tidak di landa fenomena seperti di Pakistan yang mana telah meragut lebih dari 1200 nyawa mengikut rekod sehingga kelmarin. Bagaimana pun cuaca panas tetap memudaratkan kesihatan andai tidak di jaga terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pasti anda tercari cari tips bagaimana untuk mengekalkan kesejukan badan dan juga bagaimana menjaga kesegaran badan dari pada terhidrat.
Berikut adalah beberapa tips yang ingin di kongsikan kepada anda mengenai penjagaan kesihatan badan terutama bagaimana untuk mengharungi cuaca panas di Malaysia.
- Elakkan dari berada di luar dari jam tengahari - awal petang. Musim panas sekarang juga adalah waktu terbaik untuk anda luangkan masa berkualiti di dalam rumah atau bangunan. Kurangkan aktiviti fizikal di luar, banyak juga aktiviti menarik boleh dilakukan dalam rumah.
- Menutup muka, kepala dengan payung, tudung, topi apabila berada di luar. Fakta menarik; pada zaman dahulu kala, payung digunakan oleh golongan wanita bukan untuk melindungi diri daripada hujan, sebaliknya untuk melindungi diri dari terik dan panas matahari! Kini, kita juga boleh praktikkan perkara sama, lindungi diri dengan payung dan topi!
- Mandi lebih dan kerap.
- Kurangkan minuman berkafein. Musim panas ini, kurangkan minuman yang mempunyai kafein seperti kopi, teh, minuman berkarbonat, juga minuman alkohol dan bergula. Minuman sebegini tidak menggantikan air yang hilang, sebaliknya membuatkan badan anda lebih lesu dan berasa dahaga.
- Ambil minuman yang mampu membekalkan mineral yang lebih dan menyejukkan badan seperti :
- Air 100 plus ( sebarang perisa )
- Air Kelapa
- Air Barli.
- Air Bunga Kembang Semangkuk (biasa di letakkan dalam minuman lai chi kang)
- Air Lengkong.
- Air Sengkuang Cina.
- Air Cap Badak (Original)
- Air Pegaga