Breaking

Thursday, July 16, 2015

TAUTAK? - Inilah 7 Rahsia Pakaian Baju Melayu Yang Ramai Tak Tau !!!

TAOTAUAJER - Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Kebiasaannya ia dipakai di acara-acara formal, seperti perayaan dan perkahwinan. Okay, disini tao ingin kongsikan kepada anda semua akan rahsia baju melayu ini yang mungkin anda pun tak tau!


1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..
2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting Cina’..

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian.

TAOTAUAJER : Bertahun pakai baju melayu baru la nie tahu antara rahsia dan sejarah baju melayu.

Adbox