Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » » MISTERI! - Objek Cahaya Misteri Makan Makanan Di Gerai Terakam CCTV
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - SEORANG penguasaha restoran tempatan terkejut besar apabila mendapati satu objek ‘misteri’ yang bercahaya, muncul dalam rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya.  


Rakaman berkenaan menjadi viral setelah dikongsikan seorang netizen yang mendakwa mungkin objek misteri tersebut merupakan sejenis santau yang dihantar ke gerai rakannya itu.

“Perhatikan di atas meja tu, kejadian berlaku pagi tadi, di restoran member… mungkin hasad dengki manusia tak boleh tengok orang lain senang berniaga… mula berkawan dengan syaitan,” tulis pemuat naik.

Cahaya misteri yang dirakam dalam video bertarikh 21 April itu menunjukkan ia sedang meraba-raba, memanjat, dan seakan-akan cuba memakan tinggalan makanan di atas meja tersebut.

Pengguna sosial media rata-ratanya menyifatkan entiti bercahaya itu sebagai ‘makhluk’ jahat yang dihantar oleh seorang bagi melakukan perkara khianat.

Bak kata seorang pengguna facebook, Affiq Ardhi Apit:

“Nak habaq tak kena… tak nampak dengan jelas… dia punya cahaya bagi tak nampak. Hmm… Dengki manusia ni nohh?” tulisnya.

Manakala, Zarul Bakri juga turut merasakan hal yang sama:

“Seram gak tengok macam tu, siot la asyik ada hasad dengki tu, tak baik boh orang macam ni” katanya.

Bagaimanapun, jangan mudah membuat spekulasi, setelah meneliti rakaman berkali-kali, apa yang boleh kami katakan ialah objek bercahaya itu mungkin sebenarnya adalah serangga yang hinggap di cermin kamera.

Efek cahaya yang mencanak-canak mungkin terhasil disebabkan pencahayaan secara pantulan daripada abdomen serangga dan kamera ‘usang’ digunakan juga mungkin antara faktor kesan cahaya tidak sekata sewaktu dirakam.




 TAOTAUAJER : Tidak dinafikan makhluk halus sememangnya wujud malah ia adalah satu realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam.


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post