R.I.P TEMENGGONG DATUK KANANG ANAK LANGKAU (1945-2013)
Yang telah meninggalkan kita pada usia 68 tahun buat selamanya pada pagi, 3 Januari 2013 disebabkan sakit jantung. Beliau meninggal dunia pada jam 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital selepas pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.
"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya.
PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup
Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.
Ranger Malaysia takkan popular dan mengaum tanpa dirinya dan rakan-rakan. Beliau pernah hampir menemui ajal, terburai usus dan terlantar di hospital selama 14 bulan.
Pada 24 September 2011, beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (P.G.B.K) yang membawa telah membawa gelaran Datuk.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mendiang Kanang akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkannya untuk melakukan persiapan bagi memberikan penghormatan kepada mendiang dengan kerajaan negeri yang akan turut menyelaras majlis penghormatan itu.
"Kami mengenang jasa-jasa Kanang Anak Langkau bukan sahaja kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi juga kepada negara.
"Saya kehilangan seorang teman yang merupakan pahlawan yang menerima dua anugerah terbesar negara iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di ibunegara hari ini.
Beliau berkata mendiang menerima kedua-dua pingat itu pada 3 Jun 1981.
Katanya, mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, namun filem yang bertajuk 'Kanang Anak Langkau' itu belum sempat disiapkan.
"Saya terkilan kerana filem tersebut belum sempat disiapkan. Bagaimanapun, saya akan meminta penerbit dan pengarah berkenaan agar menggunakan bahan-bahan penggambaran yang telah ada itu untuk disiapkan bagi dipertontonkan kepada khalayak umum.
Ahmad Zahid berkata jawatan terakhir mendiang semasa berkhidmat dengan ATM adalah Pegawai Waran 1.
"Mendiang semasa khidmatnya, telah menempuh beberapa pertempuran terutamanya di Perak. Oleh sebab itu pengkisahan beliau dilakukan sebagai mengenang jasa beliau untuk dijadikan contoh kepada pegawai-pegawai dan anggota tentera yang ada sekarang," katanya.
Kanang adalah anak jati Sarawak, yang menjadi kebanggaan negara, kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia dari 1962 hingga 1983.
Pemergian beliau adalah kehilangan besar sebagai wira negara ini yang telah di anugerah 2 anugerah, Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1981; Sultan Ahmad Shah.
TAOTAUAJER : Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar tapi tao sedih jugak ade desas desus yang mempolitikkan akan mematian pahlawan ini contonhnya "seorang lagi pencacai umnuuu matiii... kurang 1 undi BN " kepada yang berkata begini ko tau ke susah payah menjadi seorang askar dan memperjuangkan tanah air? ko dah duduk sedap dunia malaysia nie merdeka boleh la cakap! cube try survive jd askar yang sebelum kemerdekaan. Cube lar jangan campurkan Politik busuk korang dengan pemergian beliau.