Breaking

Wednesday, July 1, 2015

SADIS! - PENGORBANAN LELAKI INI TERHADAP KUCING JALANANNYA ‘MILO’ AKAN BUAT KORANG SEBAK

TAOTAUAJER - Kisah pengorbanan lelaki yang menggunakan Instagram ekhwang ini mula menjadi perhatian orang ramai dan sekaligus viral di laman sosial.


Sikap murni ditunjukkan olehnya terhadap kucing jalanan yang dijumpai selepas dilanggar ini ternyata patut dicontohi orang ramai. Malah, kisahnya dan ‘Milo’ ini telah buat ramai ‘pencinta kucing’ sebak!


‘Milo’ dijumpai selepas dilanggar kereta

29/6/2015 tepat jam 6.30pm, Milo telah kembali kepada penciptanya.

4 bulan yang lepas time balik kerja aku terjumpa kau kat tengah jalan yang sesak kat Seksyen 7 tu. Kau terpinga-pinga sebab kau kena langgar kereta. Aku angkat kau bawak kat tepi jalan untuk tengok keadaan kau. Mulut and kaki kau berdarah. Aku tak fikir banyak terus aku bawak kau balik rumah.

Keesokan paginya kau terkulai layu. Aku ingat kau mati tapi tak. Aku terus bawak kau ke klinik veterinar. Doktor cakap pundi kencing kau pecah, urat saraf kau pun dah rosak. Aku tanya doktor sama ada kecederaan kau ni boleh dirawat atau tak, doktor cakap boleh tapi menelan kos sebanyak RM800.

Mana nak cari RM800 untuk ‘Milo’?


Aku tinggalkan kau kat klinik. Sehari suntuk aku fikir mana nak cari RM800 tu sedangkan time tu dalam poket aku ada RM100 je. Tiba tiba aku terfikir untuk buat tabung derma untuk kau. Aku hebahkan kisah kau ni kat Facebook & Twitter. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sangat prihatin. Dalam masa 2 hari aku dapat kumpul dana yang cukup untuk tanggung kos rawatan kau.

Lepas operate keadaan kau terus pulih. Kau makan dengan selera. Bawak pi check up doktor cakap kau makin gemuk. Tapi nikmat sihat yang kau dapat selama sebulan tak kekal lama. Perlahan lahan kau jadi lemah. Aku risau. Aku bawak kau jumpa doktor. Doktor cakap kau lumpuh sebab kau punya urat saraf dah rosak. Aku terduduk. Doktor sarankan untuk “tidurkan” kau selama lamanya. Tapi aku tolak. Aku fikir biarlah kau mati kat rumah aku

Makan, minum, kencing, berak kau semua aku uruskan


3 bulan kau terseksa. Makan, minum, kencing, berak kau semua aku uruskan. Kau tak mampu bergerak walaupun kenyitkan mata. Aku sedih tengok kau. Setiap hari aku berdoa supaya kau cepat sembuh.

Tapi Allah lebih menyayangi kau. Lepas aku balik dari bazaar ramadhan tadi, aku suapkan kau susu. Aku pelik nafas kau makin kencang. Aku urut badan kau. Aku kipas kau supaya kau tak panas. Time tu aku redha kalau kau mati. Tepat jam 6.30 petang perlahan-lahan kau hembuskan nafas kau kat atas riba aku. Aku tergamam. Tapi aku menangis sebab aku dah jalankan tanggungjawab dan amanah aku untuk jaga kau sampai sekarang.

Kalau ada jodoh kat “sana” nanti, aku nak jumpa kau..


Takpe la Milo. Aku tak mintak banyak, kalau ada jodoh kat “sana”nanti, aku nak jumpa kau dengan semua kucing yang pernah aku bela.

SUMBER : ohbulan.com 


Adbox