Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » WOW! - Ini Kereta Misteri USD3.4 Juta Yang Dom Terbangkan Merentasi Dua Pencakar Langit
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Kalau dalam Fast 5 orang ramai sangka scene melarikan bilik kebal bank di tengah tengah bandar sudah cukup kental tapi dalam Fast 6 kita disajikan dengan scene yang lagi power iaitu kereta kebal merempuh kereta kereta awam di lebuh raya.


Dalam Furious 7 kami terpaksa akui scene supercar terbang merentasi dua pencakar langit Abu Dhabi lagi gempak walaupun hanya CGI. Memang world class betul idea dan imaginasi pembikin filem Fast & Furious. Sebelum filem Furious 7 ditayangkan ramai yang meneka kereta apakah yang terbang itu bersandarkan trailer yang dikeluarkan. Namun satu pun tidak kena. Kami sendiri pun pada mulanya meneka itu kereta McLaren.

Yang sebenarnya ia ialah kereta yang kita jarang dengar iaitu The Lykan Hypersport, sebuah supercar yang sangat sangat terhad, dan sangat sangat mahal. Hanya ada 7 buah saja di dunia dan berharga USD3.4 juta. Sekiranya ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan penambahan cukai dan kejatuhan mata wang RM, harganya mungkin RM25 juta.

The Lykan Hypersport dibina oleh W Motors sebuah syarikat pengeluar kereta yang bertapak di Dubai yang menggelar diri mereka syarikat supercar Arab yang pertama. Syarikat ini dimulakan oleh Ralph Debbas dan didedikasikan untuk membuat kereta yang sangat sangat mewah yang hanya sheikh sheikh minyak sahaja mampu beli.

Kereta ini dikuasai enjin 3.8 liter twin-turbo flat-six yang diambil daripada Porsche tuner RUF yang menghasilkan 770 hp dan 708 ft.-lb torque melalui transmisi kotak gear 7 kelajuan. Menurut W Motors, Lykan mampu capai 0-100km/h hanya dalam masa 2.8 saat.

Pada bahagian dalam Lykan pula terutama tempat duduk, ia dijahit dengan benang emas dan W Motors mengatakan paparan media dibahagian tengah kereta ini boleh dipaparkan dalam bentuk holografik.

Menariknya lagi, Supercar ini didatangkan dengan 24 jam servis jurutera dan “flying doctors” untuk membantu dan memenuhi kehendak anda dan Lykan mana mana saja di dunia ini. Harga yang tinggi datang dengan servis yang eksklusif.

Saksikan video di bawah sekali....


Lykan Hypersport on the road + soundKereta inilah yang terbang merentasi bangunan pencakar langit Abu Dhabi dalam filem Fast & Furious 7
Posted by TAOTAUAJER on Wednesday, 8 April 2015
sumber : thevocket.com

TAOTAUAJER : Wow... memang patut la harga kereta nie berjuta.. tengok pada spesifikasi kereta mewah ini dan juga reka bentuk dalaman serta luaran yang mengancam. Apa yang tao paling suka sekali adalah reka bentuk bahagian hadapan apabila diamati betul - betul ia seakan kucing yang bertaring.. nama Lykan pun sebenanrya adalah nama sejenis kucing iaitu 'Lycoi' iaitu kacukan kucing terbaru yang disebut sebutkan sebagai Werewolf Cat.


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post