Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » SERIUS! - 230 Kereta Musnah Untuk Jayakan Furious 7
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Sejak mula ditayangkan diseluruh dunia, filem terbaru dari antara franchais filem paling berjaya pernah dihasilkan, Fast & Furious 7 terus menjadi topik perbualan ramai khususnya peminat filem ini.


Antara yang hebat diperkatakan adalah penampilan Paul Walker di dalam filem terakhir lakonan aktor tersebut sebelum meninggal dunia dalam kemalangan pada November 2013. Ketika itu Paul baru sahaja dua bulan berada di lokasi namun filem ini masih mampu dihabiskan.

Sebenarnya proses menghidupkan semula Paul Walker telah melibatkan beberapa pelakon pengganti. Antara yang terlibat adalah dua orang adiknya, Caleb Walker untuk meniru gerak tubuh Paul, manakala Cody Walker untuk mendapatkan renungan dan bentuk muka Paul.

Tidak cukup dengan itu, terdapat dua lagi orang yang diminta untuk menjadikan Brian O’Connor masih lagi ada dan tidak meninggalkan kumpulan yang menggilakan dunia automobil dan permotoran itu. Teknik CGI turut membantu merealisasikan Fast Furious 7 dengan kehadiran Brian O'Connor.


Dalam pada itu, filem berkisarkan dunia automobile yang juga mengikuti trend semasa permotoran dunia ini juga menampilkan Vin Diesel yang bertindak sebagai penggerak utama kepada kumpulan ini.

Difahamkan untuk filem ketujuh ini sahaja sebanyak 230 buah kereta telah musnah atau tidak boleh diselamatkan lagi. Ia lebih banyak khabarnya daripada siri sebelumnya diaman mereka telah menghancurkan sebanyak 25 kereta setiap hari penggambaran.

Namun tidak dinyatakan pula jumlah yang terpaksa ditanggung pembikin filem ini mengenai kos mereka untuk memusnahkan sebanyak 230 buah kereta demi menjayakan filem ini.

Vin Diesel dalam sebuah temuramah berkata bahawa dia berharap filem ini akan tercalon untuk kategori Filem Terbaik atau Best Picture di Oscars akan datang. Tetapi jika ia tidak berlaku, Fast & Furious & pasti akan menjadi filem yang paling mengharukan untuk cerita bergenre aksi sebegini. 


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post