TAOTAUAJER - Pemilik Gambar yang menjadi Viral di media sosial merayu pada semua pelayar media sosial supaya memadam gambar IC identiti nya daripada tersebar luas di media sosial.
Wanita yang di kenali dengan nama Puteri Nur iaitu seorang lelaki khunsa membuat satu rakaman video di laman sosial merayu dan terpaksa menangung malu akibat IC disebar Oleh orang yang tidak bertanggung jawab.hafizal 27 tahun memohon kepada pengguna media sosial terutamanya facebook agar tidak menyebarkan IC sebagai kad pengenalannya itu di laman sosial.
menelusuri rekaman video yang dibuatnya hafizal merayu pada semua orang agar tidak menyebarkan kad pengenalannya yang telah menyebabkan beliau menanggung malu serta mencemarkan maruahnya.beliau juga mengatakan bahwa dirinya kehilangan arah sejak gambar dalam kad pengenalannya itu tersebar.
rata-rata individu menaruh rasa simpati terhadap hafizal 27 tahun yang telah menjadi mangsa keadaan oleh orang yang kurang bersimpati di dalam komen video tersebut.
pun begitu tidak kalah jugak ramainya yang tersalah paham dengan video tersebut yang menyebabkan kekecohan pertikaman lidah sehingga terkeluar kata kata kesat.
Beliau merayu mengapa semua orang mengabaikan dirinya disebabkan dirinya, beliau tidak membuat apa-apa kesalahan terhadap sesiapa pun, itu sebab rayuaan dan keluhan dibuat oleh beliau.
tolong jgn sebarkan ic saya...
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, 5 April 2015
luahan dalam video :
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.
“Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.” ujarnya di dalam rakaman berdurasi satu minit sembilan saat itu.
Beliau turut meminta maaf sekiranya ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak sambil mengesa agar mereka menghentikan perbutaan tersebut.
“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat.
“Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.