Breaking

Tuesday, March 31, 2015

PELIK! - Anak Kambing Berwajah Lelaki Tua Jadi Tumpuan

TAOTAUAJER -  RUSIA – Seekor anak kambing yang mempunyai wajah seperti lelaki tua dengan hidung besar, terselamat daripada disembelih selepas satu sarkas membuat tawaran untuk membelinya pada harga 10 kali lebih tinggi daripada harga biasa.


Anak kambing itu dimiliki oleh Blasius Lavrentiev. Dia yang berasal dari kampung Chirka, berhampiran republik Dagestan berkata, selepas mengetahui kambingnya mengandung, dia menanti dengan penuh sabar untuk mendapatkan anak kambing itu untuk dijual.


Namun, jelas Blasius, dia amat terkejut apabila kambingnya melahirkan anak menyerupai lelaki tua.

“Kambing saya adalah normal tetapi anaknya kelihatan berbeza. Saya tidak tahu bagaimana ini terjadi,” katanya yang mengakui kejadian itu menyebabkan anak kampung berwajah manusia itu menjadi bualan di situ.


Menurut Blasius, selepas berita itu tersebar, dia dihujani dengan pelbagai tawaran daripada orang ramai yang mahu membeli kambing terbabit.

Dalam pada itu, seorang veterinar memberitahu, berdasarkan kepada pemeriksaan, anak kambing itu berwajah manusia akibat pemberian vitamin A berlebihan kepada ibu kambing itu ketika ia mengandung.


PELIK! - Anak Kambing Berwajah Lelaki Tua Jadi Tumpuan
Posted by TAOTAUAJER on Monday, 30 March 2015
  

Adbox