Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » SERIUS! - Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Berikutan penyebaran satu mesej Whatsapp yang menyatakan sebuah Helikopter PDRM terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kemalangan tersebut benar-benar terjadi.


Menurut Khalid, Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD itu adalah milik PDRM dan terlibat kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.

Dalam insiden tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan mereka telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Kesemua penumpang di dalam helikopter tersebut dilaporkan selamat.

Menurut Khalid lagi, helikopter tersebut dalam misi menghantar bekalan makan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah.


Tan Sri Khalid telah mengesahkan laporan tersebut setelah lebih sejam mesej mengenai kejadian berlegar-legar di media sosial dan aplikasi Whatsapp.

"Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.



Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.
Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah.


Saksikan rakaman video apabila helikopter PDRM terhempas


TAOTAUAJER :  Pengorbanan anggota keselamatan yang tak minta balasan , tapi ada lagi mnusia yang dok kutuk dan maki hamun pasukan kselamatan kita . Bangsa tak kenang budi ... puuui !! Tahniah diucapkan kepada orang kampung yang berusaha menyelamatkan mangsia... .
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post