TAOTAUAJER - Macam yang kita semua tahu, golongan-golongan terpilih ini iaitu tangan kidal selalu dikerumuni dengan persoalan. Boleh kata 80% dari soalan-soalan tersebut adalah soalan makan guna tangan kiri ke kanan atau berkaitan tandas. Which is, annoying. haha.
Pernah tidak anda semua terfikir kenapa orang kidal lagi pandai dari tangan kanan, lebih tinggi dari tangan kanan, lebih kaya dari tangan kanan dan lebih hensem / comel dari tangan kanan. Wow
So memandangkan aku ni seorang lelaki yang baik, pemurah, setia, kacak dan tangan kidal, maka hari ni aku akan ceritakan kepada korang beberapa fakta yang bakal membuatkan orang tangan kanan benci golongan atasan seperti kami. Gelak evil. kah kah kah
1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok. Sebagai lelaki, fakta ini tidak releven. HAHA*
5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan untuk anda menjadi golongan atasan seperti kami adalah 2% sahaja.
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal. Kucing pun ada kidal, korang ada?
7. Orang kidal katanya lebih suka membaca buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal. Sebab itu kami pandai.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
9. Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.
10. 4 dari 5 designer komputer Mac dilaporkan kidal. Take this!
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)
Well girls, bila nak cari pasangan hidup dan dibuat kahwin carilah seperti golongan kami. Dan kalau boleh, carilah yang berumur 20 – 30 sebab mereka lebih sweet dan manja.
TAOTAUAJER : Apa pun, terima kasih sebab sudi baca artikel ini. Double terima kasih kat sesiapa yang baca sambil ketawa, apa nak marah-marah kan. Kalau ada salah di artikel ni, sila betulkan.