Breaking

Sunday, November 16, 2014

BIARBETUL! - Mengecas Handpone Di Bilik Tidur Penyebab Punca Gemuk?

TAOTAUAJER - Mesti ada individu yang ke mana sahaja mesti dengan telefon pintarnya, langsung tidak boleh renggang. Mesti ada bukan? Anda kadangkala tidak boleh melepaskan telefon bimbit dan sering membawanya ke bilik tidur, malah menggunakan telefon bimbit sebelum tidur juga sudah menjadi kebiasaan pada setiap malam.

Kajian Saintis Terkini Menunjukkan Mengecas Telefon Pintar Di Bilik Tidur Penyebab Punca Gemuk

Kajian baru dari Universiti Granada, Sepanyol mendapati mengecas telefon bimbit di dalam bilik tidur dapat mempengaruhi kenaikan berat badan seseorang. Didapati cahaya pada gajet boleh mengganggu produksi hormon melatonin atau hormon tidur. haaa.. yang nie tao pernah bagi tahu sebelim nie boleh baca artikel berkaitan di sini.... Bahaya tidur tidak tutup lampu. Sedangkan, hormon melantonin dapat menjadikan kualiti tidur lebih baik dan efektif selain membantu tubuh mengubah pengambilan makanan dan minuman menjadi tenaga.

Jika kadar melatonin terganggu atau menurun, pengolahan makanan dalam tubuh badan juga turut terganggu. Melalui kajian yang dijalankan pada tikus, penyelidik mendapati, suntikan kadar melanonin dapat mencegah obesiti dan diabetes. Seorang penyelidik dari Universiti Manchester, United Kingdom, Dr. Simon Kyle memberitahu, cahaya biru ketika mengecas telefon bimbit dapat mengganggu metabolisme tubuh. “Kami tertarik bagaimana perubahan dalam pola tidur dan bangun tidur mempunyai kaitan dengan diabetes dan obesiti.

Jika anda meningkatkan waktu tidur, anda juga mendapat kesan positif pada diabetes dan obesiti,” kata Kyle. Kyle menjelaskan, ketika tidur dalam keadaan gelap, kadar melantonin dapat meningkat dan sebaliknya ketika dalam keadaan terang. Malah, dia turut menyarankan seseorang untuk menghindari penggunaan alat elektronik sebelum tidur. “Jika anda kurang tidur, terdedah kepada cahaya pada waktu yang salah pada sebelah malam pula dapat mengganggu fungsi hormon melatonin dan dapat memberi kesan pada perubahan dalam metabolisme,” ujarnya.
 SUMBER : Kosmo. 



Adbox