Breaking

Wednesday, October 29, 2014

PEMBONGKARAN! - Kisah Sebenar Berita Seekor Ular Sawa Telan Seorang Budak

TAOTAUAJER - Terbaru, kita dikejutkan dengan penyebaran gambar dan berita kononnya ular sawa telah menelan budak. Sebenarnya, ada dua versi cerita. Pertama didakwa berlaku di Tualang, Perak. Dimana pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah menafikan berita tersebut dan disahkan palsu. Anda boleh baca laporan penuh disini: PENJELASAN BOMBA ISU GAMBAR ULAR SAWA TELAN BUDAK 11 TAHUN DI KAMPUNG TUALANG PERAK


Cerita sebenar disebalik penyebaran berita ular sawa telan budak di Tuaran Sabah – kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Tuaran, Sabah. Namun begitu, berita ini juga disahkan palsu dan tiada sebarang laporan berhubung kes tersebut. Mengikut maklumat diterima daripada Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, sebenarnya cerita ular sawa berkenaan direka oleh seorang lelaki untuk mengelakkannya daripada ditangkap kerana mencuri ikan.


“Terdapat kes seorang lelaki yang mereka cerita palsu, dia hampir ditelan ular. Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, tiada ular ditemui sebaliknya mereka hanya menemui lima ekor ikan patin yang dipercayai dicuri lelaki terbabit. Sebenarnya, lelaki terbabit dikejar orang kampung akibat perlakuannya dan dia bertindak memanjat pokok untuk mengelakkan dirinya ditangkap,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit cuba mengalihkan perhatian daripada kesalahan dilakukannya dengan menjerit meminta tolong di tepi jalan dan mengatakan dia hampir ditelan ular. Katanya, anggota bomba hanya membantu menurunkannya dari pokok

Katanya, gambar ular yang diletakkan bersama gambar kejadian terbabit adalah palsu kerana ia adalah jenis Anaconda berasal dari Amerika Selatan dan bukannya ular sawa. Gambar itu adalah carian internet yang diletakkan bersama gambar kejadian bagi menyakinkan orang ramai berhubung perkara itu. Menurutnya, pihak bomba berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu itu kerana ia hanya akan menimbulkan kerisauan.

Adbox