Breaking

Wednesday, October 8, 2014

OMG! - Taktik Keji Dan Jijik Sesetengah Peniaga Goreng Pisang Akhir Terbongkar !!

TAOTAUAJER - Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.


Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.

Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.

Berikut merupakan perkongsian oleh pengguna laman sosial telah kongsikan pengalaman mereka melihat perkara ini berlaku di Malaysia.

Komen 1:
Admin, sy pnh tengok depan mata. Sbelum goreng pisang, akak tu masukkanplastik hijau dlm minyak panas lepas tu baru goreng pisang. Tapi masa tu sy budak sekolah lagi tak berapa fhm kenapa buat mcm tu, cuma pelik jer, tapi pisang goreng dia mmg rangup la. Lepas masak dia jadi tepung rangup kulit licin tu.
Komen 2:
Sy pernah tengok orang jual pisang goreng bt mcm ni, dia guna minyak sekilo yg dlm plastik, lepas dia gunting minyak yg dlm plastik, last sekali plastik tu pun dia masukkan. Mula2 heran kenapa dia tak keluarkan, ingatkan tak perasan, tapi tak semua peniaga yang buat mcm ini, ada segelintir je yg tak jujur.
Komen 3:
Tempat sy ni pun ada satu warong pisang goreng buat mcm itu, guna straw. Pernah try sekali je, rasanya lain, pastu ada pula orang cerita goreng dgn straw terus tak pernah beli lagi.
Komen 4:
Betul tu, di Sabah pun ada kedai tu guna minyak makan dlm plastik utk mggoreng kueh pisang. Masa memanaskan minyak plastik tak dibuka malah langsung saja dimasukkan dlm kuali maka apabila kuali panas, plastik pun cair dan bsatu sebati dgn minyak makan. Hati-hati dgn gorengan pisang yang rangup semacam.
Komen 5:
2 Minggu lepas makan ikan dan seafood celup tepung di PCB Kota Bharu. Kedai tu guna minyak paket, nak tambah minyak tak payah gunting, masuk je plastik minyak tu dlm minyak panas. baki plastik tu dibuang. Sebahagian tu tentu cair dlm miyak masak.


Beli pisang goreng dI gerai kueh donggongon. Terlampau rangup menimbulkan keraguan. Then, memang yang dijangka pisang goreng digoreng dengan minyak dan straw. Sangat kurang ajar dan takde sivik punya penjual.

Berikut sebuah Rancangan Televisyen di Indonesia (Seperti Rancangan AGEN HALAL di Astro OASIS) yang membongkar punca dan segelitir peniaga menggunakan plastik untuk merangupkan ayam goreng mereka.


TAOTAUAJER : Semoga maklumat ini dapat membantu dan mengingatkan kita agar lebih sentiasa berhati-hati lagi untuk makan di luar sana demi kesihatan kita jangka masa panjang.

Adbox