Breaking

Sunday, September 14, 2014

TAUTAK! - Inilah Sebab Kenapa Orang Korea Selatan Sering Bunuh Diri

TAOTAUAJER - Korea Selatan pelopor ginseng global, K-Pop dan teknologi. Setelah berjaya menduniakan K-Pop, Apple juga gigit jari melihat kemajuan teknologi Korea Selatan iaitu Samsung. Harian The Wall Street Journal melaporkan bahawa Apple sudah kalah dibandingkan dengan Samsung dalam aspek pemasaran.


Dalam dokumentari rancangan strategi Samsung pada 2011, keutamaan Samsung adalah untuk mengalahkan Apple dalam semua hal. Semua yang dilakukan Samsung harus dalam konteks mengalahkan Apple. Namun siapa sangka di tengah pencapaian teknologi dan budayanya masyarakat Korea Selatan, pada 4 september lalu WHO mengeluarkan data statistik menunjukkan kes bunuh diri di Korea Selatan adalah yang ketiga tertinggi di dunia

Ia disebabkan banyak perkara, diantaranya tekanan untuk berjaya di Korea sangat tinggi. Bagi seorang pekerja, kejayaan bermaksud mereka dapat bekerja di salah sebuah syarikat besar seperti Samsung atau Hyundai. Untuk mencapai kerjaya dan reputasi tinggi mereka harus membuktikan diri sebagai mereka sebagai pekerja rajin walaupun harus mengetepikan kepentingan peribadi serta keluarga.

Artis mereka pula terlalu menjadikan sudut pandang orang menjadi rujukan untuk penampilan diri mereka, seperti konsep cantik seperti orang berkulit putih, hidung mancung, wajah membentuh huruf V sehingga akibatnya anak muda yang tidak memenuhi standard tersebut memilih jalan segera untuk melakukan pembedahan plastik. Wajah cantik di Korea Selatan lebih dihargai orang dan memudahkan mereka untuk mencari pekerjaan. Sehingga ibu bapa mereka menggalakkan anak mereka melakukan pembedahan. Tidak menghairankan kerana Korea Selatan merupakan destinasi kedua pembedahan plastik yang popular di dunia.

Kesalahan Paradigma Berfikir

Negara Korea Selatan menganut sistem sekular memisahkan agama dari kehidupan manusia. Negara mereka tidak mengajurkan setiap orang untuk menganut agama. Ramai orang Korea Selatan atheis dan hal tersebut tidaklah dilarang. Jadi apabila seseorang mempunyai masalah, mereka tidak mempunyai pegangan yang kuat. Mereka mengukur kebahagian dari segi kebendaan seperti seberapa cantikkah dirimu? Berapa banyak jumlah harta kamu? bagaimana berjaya pekerjaanmu? Sehingga hidup mereka dibayangi cabaran dan sasaran yang sama sekali tidak ada penghujungnya. Keadaan seperti ini membuatkan mereka tertekan akhirnya bunuh diri.

Kepercayaan pada "Reincarnation" kelahiran semula juga menambah suram permasalahan ini. Kelahiran semula menyakinkan mereka jika mati atau bunuh diri mereka akan dilahirkan kembali menjadi orang lain yang lebih baik, syurga dan neraka tidak ada dalam jangkauan fikiran mereka.

Islam Agama yang Sempurna

Dari sekian konsep kehidupan hanya Islamlah yang memberikan pandangan dan peraturan secara sempurna, setiap manusia Allah ciptakan tentulah dengan satu set peraturan, yang mana kaedah-kaedah tersebut semata-mata Allah hadirkan untuk kebaikan manusia. Islam memang mengakui adanya keperluan manusia akan kebendaan. Islam tidak menjadikan kebendaan sebagai tujuan manusia hidup di dunia ni.

Allah mencipta jin dan manusia semata-mata untuk beribadah dan menyembah Allah. Islam memberikan pandangan hakiki tentang kebahagian yang lebih jauh menenteram hati iaitu aqidah yang mendorong motivasi seseorang untuk sentiasa beramal soleh melakukan aktiviti sesuai dengan peraturan Allah, contohnya seorang ayah dituntut bekerja dan mencari nafkah keluarga, namun konteks mencari wang tersebut tidaklah bertujuan mendapat wang dan pekerjaan akan tetapi bagaimana seorang ayah mencari pekerjaaan yang halal.

Keredhaan Allah lah yang menjadi sumber kebahagiaan seseorang. Apalah ertinya jika dilimpahkan harta tetapi harta tersebut dicari dengan cara yang salah, tentulah Allah tidak akan redha. Begitu juga konsep kecantikan, islam tidak pernah memandang manusia dari fizikalnya, sebaik-baiknya perhiasan dunia adalah wanita solehah dan wanita yang selalu taat pada kepada Allah swt. Ironinya di sebalik kerapuhannya umat islam masih ada yang mengidolakan dan mengalu-alukan budaya K-Pop padahal sebenarnya mereka tidak perlu dibanggakan. Walluhu'Alam
sumber : eramuslim.com

TAOTAUAJER :  Buat pengetahuan korang... selebriti korea pun ramai yang bunuh diri diantara yang paling terkenal adalah Park Yong Ha iaitu pelakon popular dalam serial drama Winter Sonata pada tahun 2010.


Adbox