Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » SUBHANALLAH! - Kehebatan Kesan Bacaan Al Quran Pada Saraf Otak Dan Organ Tubuh Badan Manusia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Subhanallah! Tahukah anda dengan bacaan Al-Quran sebenarnya memberikan kesan yang baik kepada saraf dan oragan tubuh kita. Sepertimana post taotauajer terdahulu juga ada menjelaskan dimana berzikir boleh membuatkan hati menjadi tenang telah di sahkan dengan kajian saintifik. Kini taotauajer akan kongsikan info tentang kehebatan kesan bacaan Al-Quran terhadap tubuh badan kita pulak.


Dimana seorang Doktor di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat iaitu Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius telah berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.


Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan.

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
sumber :  detikislam 


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post