

Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Disini tao nak kongsikan kat korang Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang

Disini tao nak kongsikan kat korang Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.
- Jambatan ini menelan kos kurang RM 4.5 bilion.
- Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.
- Mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
- Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini.
- Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai.
- 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan.
- Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini.
- Mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah.
- Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara.
- Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.
- Mencapai 65 peratus (Oktober 2011) tahap kesiapan dan dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada November 2013.
