TAOTAUAJER - Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
Keratan akhbar dari Kosmo!
Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.
Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.
“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.
“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya. -Kosmo!
Bersukan adalah suatu aktiviti yang digalakkan, malah ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran, disini apa yang dimaksudkan adalah jika bersukan dilakukan pada waktu diri anda dalam keletihan seperti kurang rehat dan sebagainya, mungkin risiko aktiviti sukan itu akan menjadi bertambah teruk.
Pastikan sebelum melakukan sesuatu aktiviti, dapatkanlah rehat yang secukupnya, pengambilan air yang banyak dapat mengurangkan anda terhidrat ketika menjalani aktiviti sukan.
SUMBER : Kosmo
TAOTAUAJER : Pastinyer korang baru tau bahaya sebenarnya bersukan di waktu malam. Apa yang penting adalah mendapat rehat yang secukupnya sebelum melakukan aktiviti adalah kunci untuk mendapat kesihatan yang baik. - Koleksi Kesihatan