Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » BIAR BETUL! - Terlalu Banyak SELFIE Memberi Kesan Kepada Mental
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Selfie bukan sebuah nama. Dia adalah istilah yang digunakan bagi siapa pun yang mengabadikan diri secara pribadi melalui kamera sendiri. Demam selfie atau mengambil gambar diri sendiri sudah dinobatkan sebagai 'World of the Year 2013'. Selfie sudah menjadi tren yang menyebarkan virus pada para pengguna smartphone di social media.


Disini tao nak kongsikan kesan ketagihan selfie dimana terdapat kesan sampingan dan akan memberi kesan buruk kepada mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.

Kenapa? ikuti penjelasan di bawah ini....

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

SUMBER : astroawani.com

TAOTAUAJER : Kepada mereka yang suka sangat ber'selfie tu patut baca ni dan kurangkan lah berselfie korang tu supaya tidak memberi kesan buruk kepada mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri. - Koleksi Info Kesihatan

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post