Breaking

Friday, January 3, 2014

UNIK! - Tarikh tarikh 2014 Yang Ajaib Atau Kebetulan

TAOTAUAJER - Ada apa dengan tarikh? kalau sebelum-sebelum ini ramai yang pilih tarikh-tarikh cantik sebagai nombor penting untuk berkahwin atau untuk moment-moment penting. Namun begitu pada tahun ini seakan satu keajaiban yang seperti telah disusun ataupun ianya satu kebetulan.


ADAKAH ini kebetulan atau susunan ALLAH SWT...

Tahukah anda bahawa 2014 juga tidak terlepas dengan tarikh yang mengujakan? Cuba periksa kalendar anda untuk tarikh yang berikut:

04-04-2014

06-06-2014

08-08-2014

10-10-2014

12-12-2014

Mungkin ada yang berkata, cuma nombor yang sama, tapi apakah rahsia disebaliknya?

Kepada yang selesai menatap kalendar dan mungkin ada yang tidak perasan bahawa tarikh-tarikh tersebut semuanya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam.


Jumaat merupakan hari manusia dihidupkan, dimatikan dan juga dihidupkan kembali di akhirat kelak.

Selain daripada itu, Jumaat juga hari yang menyaksikan umat Islam berkumpul di bawah bumbung rumah-rumah ALLAH SWT untuk menunaikan solat fardhu Jumaat.

Bagi pihak lain, tarikh sebegini mampu memberi 1001 erti dan memainkan peranan yang amat besar dalam membina dan memelihara hubungan. Untuk sesetengah orang, tarikh yang menarik akan memelihara memori yang berlaku pada tarikh tersebut.

SUMBER : Sinarharian

TAOTAUAJER : Apakah tahun baru ini , akan membawa lebih banyak kejayaan kepada umat islam di serata dunia? Samada kebetulan atau ketentuan namun kuasa Allah itu tiada tandingan dan aturan Allah adalah yang terbaik. Wallahualam..  


Adbox