Breaking

Tuesday, January 21, 2014

SUBHANALLAH – Beginilah Proses Awet Rambut Rasulullah Di Abu Dhabi [VIDEO]

 TAOTAUAJER  - Rasulullah adalah seorang rasul sekaligus nabi terakhir pembawa ajaran agama Islam yang diyakini sebagai penyempurna dari ajaran-ajaran nabi yang terdahulu. Mungkin ramai tidak tahu dimana didunia ini terdapat beberapa bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia.


Hanya hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad yang di simpan rapi dan terjaga iaitu janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.

Disini tao nak kongsikan kepada pembaca semua satu proses mengawet rambut junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).


Seorang pengunjung melihat rambut baginda Nabi Muhammad S.A.W yang dipamerkan kepada orang ramai di rumah Shaikh Ahmad Al Khazraji di Abu Dhabi, UAE. Shaikh Ahmad adalah waris dari puak Khazraj, puak utama di Madinah ketika zaman baginda masih hidup.

KEPADA sesiapa yang bakal menonton video ini, anda kemungkinan adalah antara beberapa ribu atau ratus orang sahaja yang berkesempatan melihat proses ini yang cukup agung dan ia dilakukan dengan penuh ketelitian.




Proses ini dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini.

Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.

SUMBER : FB/Majlis Cinta Rasul
Adbox