Breaking

Friday, November 1, 2013

VIDEO! - Apabila Jin Ganggu Jemaah Dalam Masjid

TAOTAUAJER - Sepertimana kita tahu jin adalah makhluk ghaib , dimana kewujudan makhluk halus ini adalah suatu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam. Disini tao nak sharekan pada korang satu video dikatakan dirakam sewaktu jemaah hendak solat Jumaat.


Tiba-tiba terdengar suara jin yang menganggu jemaah yang hendak mendirikan sembahyang. Menariknya, imam bertugas sempat berdialog dengan jin berkenaan Ada yang mendakwa suara itu tiba-tiba muncul tetapi ada yang mendakwa ia datang dari salah seorang jemaah wanita yang berada di ruang atas.

Namun yang pasti, dalam video ini jelas semua jemaah terpinga-pinga kerana gagal mengesan bagaimana suara itu tiba-tiba boleh bergema di dalam masjid.

Korang lihatlah sendiri video ini …Wallahualam



Hasil dari komen video yang dipos ini :

Saya bertanya dgn kawan arab apa yg dikatakan di video ini. Dia bagitau bahawa seorang perempuan telah dirasuk oleh jin. Wanita tersebut di berada di bahagian solat wanita. Imam bagitau supaya jin tersebut utk keluar drp badan wanita tersebut. Suara dari wanita itu bagitau yg imam tak boleh buat apa2 dgn dia. Kemudian imam baca satu surah dan wanita tersebut menangis dan menjerit. Imam bagitau yg dia baru baca sedikit surah dan dia sudah menjerit. Wanita itu kata nanti aku akan bunuh kau kpd imam itu....begitulah serba sedikit yg dimaklumkan oleh sahabat arab saya. Biasanya jika seorang yg mempunyai jin dibadannya, apabila mendengar surah jin, dia akan pengsan....wallahualam...

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat

Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.


Adbox