TAOTAUAJER - Berita kematian Puteri Diana sangat menggemparkan dunia apabila terlibat dalam kemalangan pada 31 Ogos 1997 di terowong Pont de L'Alma, Paris yang meragut nyawanya. Bagaimanapun kemalangan dan misteri kematiannya masih menjadi misteri dan pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku.
Kemalangan yang meragut nyawa Puteri Diana pada 31 Ogos 1997 di terowong Pont de L'Alma, Paris
SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.
Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.
"Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).
"Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut.
Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.
Tinggal momen
Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.
Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.
Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.
Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara.
"Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.
"Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber.
NAMUN BEGITU RAMAI YANG TAK TAU..
Sumber : Sinar Harian
NAMUN BEGITU RAMAI YANG TAK TAU..
Hakikat di luar tembok tebal istana tertulis sebaliknya. Hasil siasatan itu bukan saja gagal menjadi titik noktah, malah menghebatkan tiupan teori konspirasi yang antara lainnya mendakwa Diana dibunuh kerana hamilkan anak Dodi yang juga seorang Muslim - sesuatu yang pasti mengaibkan kerabat diraja yang disegani dunia. Dalang pembunuhannya pula didakwa kalangan anggota perisik Britain dan juga bekas suaminya, Charles.
Namun, laporan polis Britain itu, sama seperti kesimpulan polis Perancis yang dibuat sejurus selepas nahas berkenaan menyangkal semuanya. Ia mentakrifkan kematian Diana dan Dodi akibat tindakan pemandu mereka, Henri Paul memandu dalam keadaan mabuk.
Pihak Scotland Yard itu turut menafikan Diana hamil, berdasarkan ujian ke atas contoh darahnya yang diambil daripada bangkai kereta nahas berkenaan. Mereka juga tidak menemui bukti pembabitan kerabat diraja, khususnya Charles serta tangan ghaib pihak perisikan MI5 dalam pembunuhan Diana seperti didakwa Al-Fayed. Polis turut menafikan pembabitan perisikan asing termasuk intipan perisikan Amerika Syarikat ke atas Diana.
SUMBER : mysteryncase
TAOTAUAJER : Apakah pembunuhan ini adalah sebahagian daripada konspirasi dimana mungkin kerana mereka takut yang Puteri Diana akan berkahwin dengan orang beragama islam dan melahirkan anak beragama islam? - Koleksi Pembongkaran