Breaking

Sunday, October 27, 2013

MISTERI! - Fenomena Dragon Ball, Nafas Naga Sungai Mekong, Thailand (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kewujudan haiwan lagenda naga sememang nyer menjadi tanda tanya , apakah haiwan ini benar-benar wujud di alam nyata. Pada bulan oktober di kejutkan dengan fenomena misteri yang berlaku di thailand dikatakan dikaitkan dengan kewujudan naga , dimana fenomena misteri bebola api yang keluar dari sungai tersebut ke udara.


Setiap tahun, di tepian Sungai Mekong ratusan ribu orang berkumpul untuk menyaksikan sebuah fenomena unik yang telah terjadi sejak beratus tahun yang dahulu, beratus-ratus bola api meletup secara spontan keluar dari sungai tersebut. Dikenali sebagai “bung fai paya nak” atau “fireballs Naga,” yang kelihatan seperti Bola Api Naga yang dikatakan dari nafas seekor naga.

Dari dalam sungai Mekong akan muncul bola api yang kemudian meluncur ke angkasa sehingga setinggi ratusan meter. Warnanya berbeza-beza , ada yang merah, pink, atau putih. Warga sekitar percaya bahawa bola api itu adalah semburan nafas dari Naga yang hidup di wilayah itu.



Bola-bola api itu boleh muncul secara berurutan sehingga belasan kali. Setelah bebola api tadi terbang di udara, bola api tadi menghilang dalam kegelapan. Setiap tahun, sekitar 200-800 bola api itu terlihat di sepanjang sungai tersebut. Semuanya terjadi begitu saja, tanpa bunyi maupun asap.

Biasanya fenomena ini terjadi hanya sekitar 1-3 hari dalam setahun pada bulan Oktober. Fenomena ini hanya boleh dilihat pada waktu malam hari, di mulakan dengan dayungan perahu yang dihiasi dan diterangi oleh ribuan lilin ke sungai tersebut.


Ada yang percaya bebola api tersebut datang nyer dari nafas Naga, haiwan mitos yang menghantui sungai tersebut. (Penduduk tempatan menggunakan gambar kasar lama dan poskad binatang mitos untuk membuktikan kehadirannya kepada pelancong.) Lain-lain percaya fireballs sebenarnya poket metana menggelegak dari sungai, tetapi ramai penduduk tempatan kekal yakin bahawa fireballs adalah perkara ghaib.


TAOTAUAJER : Memang aneh , jarang kita lihat dan mungkin kita tak pernah tahu ada fenomena seaneh ini yang berlaku di dunia ini. Sesungguhnya banyak perkara yang masih menjadi misteri dan pelbagai perkara yang aneh didunia ini, hanya Allah yang tahu.. - Koleksi  Kejadian Pelik dan Luar Biasa


Adbox