TAOTAUAJER - Pastinyer korang pernah saksikan movie-movie berkaitan serigala jadian sepertinya Underworld: Evolution dan yang paling popular adalah dalam cerita twilight, dimana werewolf atau di sebut serigala jadian ini dikatakan adalah manusia yang berubah menjadi seekor serigala dan membunuh.
Disini tao nak kongsikan cerita-cerita misteri tentang "Werewolf" Serigala Kejadian dan juga pembongkaran misteri ini...
BERBICARA mengenai dunia misteri, tidak lengkap rasanya tanpa mengaitkan kisah serigala jadian, antara legenda kuno dan tersebar luas. Cerita serigala jadian boleh didapati sejak sejarah ditulis dan mitosnya berada di seluruh dunia dari China ke Iceland dan Brazil ke Haiti.
Sebahagian kisah paling awal serigala jadian diperoleh daripada sumber Romania dan Greek. Ia dikatakan bermula apabila Raja Lycaeon dikunjungi dewa. Tidak mempercayai kumpulan yang melawatnya dewa, dia memutuskan untuk menguji mereka dengan menghidangkan daging manusia dalam satu hidangan meraikan kedatangan dewa terbabit. Sebaik mengetahui helah itu, kumpulan dewa berkenaan menukar Raja Lycaeon menjadi serigala jadian.
Gilles Garnier (1573)
BERBICARA mengenai dunia misteri, tidak lengkap rasanya tanpa mengaitkan kisah serigala jadian, antara legenda kuno dan tersebar luas. Cerita serigala jadian boleh didapati sejak sejarah ditulis dan mitosnya berada di seluruh dunia dari China ke Iceland dan Brazil ke Haiti.
Sebahagian kisah paling awal serigala jadian diperoleh daripada sumber Romania dan Greek. Ia dikatakan bermula apabila Raja Lycaeon dikunjungi dewa. Tidak mempercayai kumpulan yang melawatnya dewa, dia memutuskan untuk menguji mereka dengan menghidangkan daging manusia dalam satu hidangan meraikan kedatangan dewa terbabit. Sebaik mengetahui helah itu, kumpulan dewa berkenaan menukar Raja Lycaeon menjadi serigala jadian.
Gilles Garnier (1573)
Pada tahun 1573, seorang lelaki Perancis yang bernama Gilles Garnier telah dibakar hidup-hidup selepas lebih daripada 50 orang saksi melihat beliau sedang mengoyak badan seorang kanak-kanak dan memakan dagingnya.
Garnier mengakui bahawa dia telahpun membunuh dan memakan daging lebih daripada empat orang kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana mendakwa beliau adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperolehi keupayaan untuk bertukar daripada manusia menjadi serigala jadian selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.
Jean Grenier, 1603
Kira-kira 31 tahun kemudian, kes yang hampir sama kembali berulang di Perancis. Seorang remaja yang bernama Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes yang sama telah dilaporkan terjadi di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia itu membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian.
Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa seperti serigala jadian yang menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan? Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malahan ia sudahpun berlarutan selama ratusan tahun, bahkan sudahpun wujud dalam pelbagai budaya bangsa di dunia ini.
Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang berkemampuan bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya mereka tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas jika cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.
Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan bahawa wujudnya puak Neuri pada zaman dahulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. - WIKIPEDIA
Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama iaitu manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian dengan menggunakan ilmu sihir atau saka.
Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama iaitu manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian dengan menggunakan ilmu sihir atau saka.
Teka-teki yang membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian terbabit menyebabkan para penyelidik mulai melakukan kajian bagi membongkar misteri tersebut. Akhirnya selepas beberapa lama kajian dibuat, mereka mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya WUJUD!
Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain. Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan para penyelidik mempercayai kes yang membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada penyakit lycanthropy berkenaan.
Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya mempercayai bahawa mereka sesungguhnya telah menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”
Selain sindrom lycanthropy, para penyelidik juga mempercayai bahawa segala cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik yang dikenali sebagai nama Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu akan kelihatan seakan-akan serigala.
Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dahulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga terlahirlah momokan kewujudan serigala jadian daripada kalangan manusia yang terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.
TAOTAUAJER - Tapi serius sekarang memang banyak serigala jadian yang bertopengkan manusia, lihatlah di sekeliling kita kekejaman yang berlaku... ada yang di bunuh dengan kejam, hilang dan di rogol serta di bunuh,.. hari-hari ade jer berita yang kurang menyenangkan. - Koleksi x-file misteri dunia