Breaking

Thursday, October 24, 2013

GEMPAR! - Amukan Di Ditikam, Dua maut, dua cedera di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lagi berita tergempar kes bunuh yang berlaku hari ini pulak di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati. Suspek kes Amuk yang dikatakan sebagai seorang pengamal ajaran sesat yang telah menikam 4 orang dan mengakibatkan 2 daripada mangsa terbunuh


Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.


Ini gambar Suspek Ini lelaki yang mengamuk tikam dua orang hingga mati di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati.



CREDIT VIDEO : MalDefMalaysianDefense

Pihak awam yang menahannya tetap bersabar dan tidak bertindak keras dan keterlaluan terhadap suspek dan mereka telah menyerahkan suspek kepada pihak Polis untuk siasatan lanjut.

sumber : berita harian 

TAOTAUAJER : Dahsyat , sekarang main gila bunuh-bunuh orang jer.. Banyak sungguh kes tembak, tikam, bunuh, rogol dan sebagainya di negara kita kebelakangan ini. Tao pesan kepada semua diharap akan lebih berhati hati walau di mana sekalipun - Koleksi Ngeri


Adbox