Breaking

Monday, September 9, 2013

OMG! - Manusia Bakal KAHWIN Dengan Kambing Di Brazil

TAOTAUAJER - Ini adalah satu perkahwinan yang pelik apabila seorang bekas pemotong batu dari wilayah Jundiai di Brazil akan ‘berkahwin’ dengan kambing peliharaannya bernama Carmella.


Oleh sebab tiada gereja Kristian yang menerima ‘perkahwinan’ manusia dan binatang, pasangan pelik itu akan dikahwinkan di sebuah gereja dikenali sebagai Gereja Syaitan.

Menurut entri di odditycentral.com, manusia sebelum ini pernah ‘berkahwin’ dengan haiwan peliharaan mereka tetapi majlis diadakan dalam gaya santai dan hanya sebagai simbolik.

Bagi si pemotong batu ini Aparecido Castaldo, seorang duda kepada tujuh orang anak tetap mahu ‘berkahwin’ dengan kambingnya dengan satu majlis di gereja oleh seorang paderi seperti kebiasaan tetapi tiada gereja Kristian menerima dan mahu mengahwinkan mereka berdua.

Castaldo kemudian menghubungi Toninho do Diabo (Tom si Syaitan) seorang rakan lamanya yang kebetulan adalah pemuja Syaitan paling terkenal di Brazil.

‘Perkahwinan’ itu akan diadakan pada tengah malam 13 Oktober depan di Gereja Syaitan di Sao Paolo, Brazil.

“Hanya gereja kami yang menerima ‘perkahwinan’ antara manusia dan binatang kerana kami tidak mempunyai sebarang prejudis,” menurut Toninho.

Castaldo ‘jatuh cinta’ dengan kambingnya sejak dua tahun lalu, dan duda itu juga telah menerimanya sebagai ‘ibu tiri’ kepada tujuh anaknya itu yang kesemuanya akan hadir pada hari ‘perkahwinan’ itu.

Biarpun ‘perkahwinan’ mereka mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat, hubungan itu juga menarik minat beberapa aktivis kebajikan haiwan dengan kebimbangan Castaldo bakal melakukan hubungan seks dengan kambingnya.

“Apabila saya melakukan sesuatu yang salah, dia tidak boleh berkata apa-apa, dia juga tidak meminta wang untuk membeli-belah dan tidak akan mengandung, saya hanya mahukan dia sebagai teman saya yang sunyi” kata Castaldo.

Menurut Castaldo, ada satu perkara dia tidak berpuas hati dengan kambingnya itu ialah cuba untuk memakan semua benda termasuk baju ‘perkahwinan’ yang bakal dipakainya.

TAOTAUAJER : Perkahwinan antara manusia dan haiwan adalah dilarang. Perkahwinan di Gereja Syaitan juga adalah sesat. Artikel ini hanya sekadar berkongsi keunikan dan keganjilan perilaku manusia lain dari seluruh dunia. - Koleksi Perkara Ganjil


Adbox