Breaking

Monday, August 26, 2013

SERIUS! - 10 Syarikat Amerika Mendapat Keuntungan Dari Tindakan Tentera Mesir

TAOTAUAJER - Pergolakan di mesir sehingga kini telah mengakibatkan pertumpahan darah akibat penggulingan Presiden mengakibatkan campur tangan dari pihak tentera. Hasil dari pergolakan yang berlaku mungkin ada yang tak tau dimana terdapat 10 syarikat Amerika yang mendapat keuntungan dari tindakan Tentera Mesir tersebut.


Dasar Amerika Syarikat berkaitan krisis di Mesir boleh dikatakan ironis..Di satu sisi, pentadbiran Obama meminta agar penguasa sementara Mesir untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan..Tetapi, di sisi yang lain negera Pak Cik Sam itu terus menyuntik bantuan sebanyak 1.3 bilion dolar AS setiap tahun untuk Tentera Mesir.

Padahal dunia sudah pun tahu, Tentera Mesir telah membantai rakyatnya yang sedang memperjuangkan demokrasi..Selama beberapa dekad, Tentera Mesir telah menjadi salah satu penerima bantuan terbesar dari Amerika Syarikat..Menurut laman theglobalpost, bantuan tahunan yang dihulurkan AS itu kemudian dibelanjakan untuk membeli senjata dari syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat (AS) sendiri..Berikut merupakan 10 syarikat Amerika yang mendapat keuntungan dari tindakan tentera Mesir.


1. Lockheed Martin
Nilai kontraknya mencapai 259 juta dolar AS. Pada 2010, Lockheed Martin menyediakan 20 unit pesawat F-16 untuk Tentera Mesir.

2. DRS Technologies
Nilai kontraknya dengan Tentera Mesir mencapai 65.7 juta dolar AS.

3. L-3 Communication Ocean Systems
Nilai kontraknya mencapai 31.3 juta dolar AS. L3 Communications membekalkan sistem sonar dan peralatan ketenteraan ke Mesir.

4. Deloitte Consulting
Deloitte memenangi kontrak sebanyak 28.1 juta dolar AS untuk menyediakan perancangan dan sokongan program pesawat Mesir.

5. Boeing
Boeing mendapatkan kontrak bernilai 22.5 juta dolar pada 2010 dari Mesir, Syarikat itu menyediakan 10 helikopter Apache.

6. Raytheon
Mendapatkan kontrak sebanyak 31.6 juta dolar AS untuk menyokong sistem peluru berpandu Hawk milik Mesir.

7. AgustaWestland
Mendapat kontrak 17.3 juta dolar dari Tentera Mesir.

8. US Motor Works
Pada 2009, mendapat kontrak bernilai 14.5 juta dolar AS untuk menyediakan mesin dan suku cadang dari Pihak Berkuasa Persenjataan Mesir.

9. Goodrich Corp.
Tentera Udara AS dan Goodrich memenangi kontrak 10.8 juta dolar AS untuk mengedarkan reconnaissance systems bagi pesawat jet F-16 milik AU Mesir.

10. Columbia Group
Columbia Group mendapat kontrak 10.6 juta dolar dari Tentera Laut Mesir.


TAOTAUAJER : Lihatlah , apakah krisis ini telah di rancang bagi menambahkan lagi dana Syarikat Amerika hasil dari tindakan tentera mesir ini?  - Koleksi Informasi


Adbox