Kejam: imej yang mengejutkan ini menunjukkan askar tentera Mesir mengheret wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa di atas tanah dan menendang keras di dada selepas merobek pakaian dari badannya
Saksikan video dan gambar-gambar di bawah ini.....
Seorang muslimah di Mesir yang memakai abaya (baju labuh) hitam dilucuti pakaiannya hingga terbuka aurat di dalamnya oleh tentera rejim Mesir, pada hari Sabtu (17/12/2011), ketika sedang berjuang di Kaherah.
Tudung dan rambutnya ditarik dan diseret, dia juga dipukul, ditendang secara ganas oleh tentera biadab itu.
Sadisnya, kemudian dia ditinggalkan begitu sahaja di jalanan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia adalah salah seorang penunjuk perasaan yang ikut turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi anti-tentera hari kedua di Kaherah, ia tak bersenjata, ia hanya seorang muslimah yang mahukan negaranya bersih dari para tentera rejim.
Ia salah satu korban dari beratus-ratus korban akibat kebiadaban tentera rejim Mesir.
Tentera dan polis Mesir menuduh para penunjuk perasaan melakukan kekerasan, sehingga mereka menyerang para penunjuk perasaan secara ganas.
Padahal, merekalah yang melakukan keganasan terhadap para penunjuk perasaan hingga jatuh korban tewas dan terluka.
Tentera-tentera biadab itu bukan hanya menyerang dengan kejam, tetapi juga menodai kehormatan muslimah Mesir.
wanita ini menjerit kesakitan sambil dikelilingi oleh lima orang askar lelaki semasa protes di ibu negara Mesir dan dipukul dengan besi
Kejam cedera: wanita ini ditinggalkan hampir tidak sedar dan berlaku pendarahan selepas dipukul tentera dalam pertempuran ganas melontar batu antara penunjuk perasaan dan polis tentera
Tahu malu: Tentera askar Mesir menggunakan kekerasan yang kejam untuk menangkap penunjuk perasaan wanita ini dan seret oleh rambutnya semasa pertempuran dengan polis tentera berhampiran Dataran Tahrir, Kaherah
Video Keji Dan Zalim Muslimah Mesir Diseksa Dan Tersingkap Pakaiannya
SUMBER | DM
.