Breaking

Monday, August 19, 2013

BIAR BETUL! - Carmelo Flores Laura Lelaki tertua dunia di Bolivia? (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Jiroemon Kimura sebelum ini adalah lelaki tertua di dunia sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada jun lepas. Kini dijumpai seorang lelaki didakwa menjadi lelaki paling tua di dunia sekali gus mendahului rekod dunia sebelum ini.


Seorang lelaki Bolivia yang dilahirkan dalam tahun 1890 dan masih bertenaga, lapor jabatan pendaftaran Bolivia, Carmelo Flores Laura, baru menyambut ulang tahun ke 123 pada bulan lalu.

Laura nampak seperti lelaki 80-an dan paling menarik penglihatan warga tua yang tinggal di kawasan pergunungan, 80 kilometer di luar bandar La Paz itu masih jelas.


Lelaki dari puak Aymara itu, dikurniakan tiga cahaya mata, 16 cucu dan 39 cicit selain pernah menempuhi zaman perang Perang Dunia Pertama iaitu ketika berumur 24 tahun dan 64 tahun sewaktu Ratu Elizabeth menaiki takhta Britain.

Stesen TV tempatan, Rede Uno melaporkan, Laura yang turut kehilangan isteri pada 10 tahun lalu, percaya amalan senaman jalan kaki setiap hari dan tidak memakan semua jenis pasta dan gula telah memanjangkan tempoh hayatnya.

"Saya hanya makan cananhua (sejenis kuinoa liar yang kaya dengan protein dan asid amino), malah saya tidak malas dan sering berkongsi makanan bersama isteri ketika dia masih hidup," katanya yang turut mengaku amat menggemari masakan daging skunk.
SUMBER: sinarharian

TAOTAUAJER : Memang mengejutkan lelaki tertua ini dengan usia 132 tetapi masih mampu bergerak dan masih bertenaga , tidak kelihatan seperti seorang yang sudah berusia seratus tahun. Bayangkan zaman sekarang umur 80 tahun pon kadang-kadang nak jalan pon dah tak mampu. - Koleksi Tertua


Adbox