Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » WOW! - Yuichiro Miura Lelaki Tertua yang berjaya Mendaki Everest (7 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Tak ada kata terlambat untuk mencatatkan prestasi. Itulah yang dilakukan Yuichiro Miura (80) mencatatkan namanya menjadi orang tertua yang berjaya menakluk puncak tertinggi dunia Gunung Everest.


Seorang lelaki Jepun berusia 80 tahun yang pernah menjalani empat pembedahan jantung, tiba di puncak Gunung Everest semalam, sekali gus menjadi pendaki tertua menakluk gunung tertinggi di dunia itu.



Yuichiro Miura yang mengambil laluan standard di bahagian tenggara gunung itu tiba di puncak setinggi 8,848 meter kira-kira jam 9 pagi (11.15 pagi waktu Malaysia).

Miura mendaki mengikut laluan sama yang pernah digunakan Sir Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay 60 tahun lalu.





Miura ditemani tiga lagi warga Jepun, termasuk seorang anak lelakinya serta enam pemandu jalan Nepal.

Kata Miura, dia tidak pernah menyangka dapat tiba di puncak Everest ketika berusia 80 tahun.

“Ia adalah detik paling menggembirakan dalam hidup, tetapi kini saya kepenatan,” katanya melalui telefon satelit kepada keluarga dan penyokong yang berkumpul di Tokyo.

Sebelum ini Miura pernah mendaki Everest pada 2003 dan mengulanginya lima tahun kemudian.

Dia memadamkan rekod pendaki Nepal, Min Bahadur Sherchan, yang tiba di puncak berkenaan pada 2008 ketika beliau berusia 76 tahun.

April lalu, Miura berkata, rekod dunia itu tidak begitu penting kepada dirinya.

“Apa yang penting ialah berjaya tiba di puncak gunung itu,” katanya ketika ditemui media. - Reuters

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau pada masa yang sama juga Enam daripada tujuh pendaki Everest Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut  21 Mei lalu. Lelaki jepun yang nie sungguh bersemangat meskipun sudah tua, bukan calang-calang orang nie. - Koleksi Mereka yang Hebat


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post