TAOTAUAJER - Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Ini yang menguji ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam. Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas. "Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
SUMBER: Kosmo
TAOTAUAJER : Tautak korang? Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin, dan waktu pagi kita adalah waktu 'senja' jin... Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya! - Koleksi Angker