Breaking

Wednesday, May 29, 2013

SUBHANALLAH! - Bayi Dibuang Lubang Tandas Masih Hidup Setelah Diselamatkan (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah kejam sungguh manusia ini apabila seorang bayi yang baru dilahirkan di buang kedalam lubang tandas dan tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China. 


Namun begitu bayi berkenaan diselamatkan anggota bomba dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.




  

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.
Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. 

Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. – Daily Mail

saksikan video ini...




TAOTAUAJER : Subhanallah kejam sungguh, binatang pun tidak sekejam ini untuk membuang anaknyer. Lihatlah dunia semakin tidak berperikemanusiaan. Yang buang bayi nie patutnya di hukum seberat-beratnya supaya orang lain takut untuk melakukan sebegini - Koleksi OMG!


Adbox